Tips yang ingin saya kongsikan ini dari ABS (Ainon Business School). Tips yang sangat berguna untuk menjadi entreprenuers yang berjaya. Ramai yang boleh berbisnes tapi persoalannya berapa ramai yang berjaya dalam bisnes mereka. Kata Puan Ainon, jangan sesekali berniaga kerana duit, kerana itu bukan lah sifat entrepreneurs sejati...
Jangan sesekali berniaga kerana DUIT. Duit adalah pendorong yang tidak bagus. Orang yang beniaga kerana duit berada dalam situasi BERBAHAYA kerana:-
BAHAYA 1
DUIT adalah pendorong yang hayatnya sangat pendek.
Apabila kita berniaga disebabkan kita mahukan duit semata-mata, apabila duit lambat masuk, kita akan rasa KECEWA. kemudian kita akan merasa perniagaan dan segala usaha kita adalah sia-sia.kemudian ia akan mendorong kita menjadi PATAH SEMANGAT, lalu kita akn perlahan-lahan memberhentikan daya usaha. PADAH nya modal hangus, asap je dapat. Kesudahan nya kita akan berputus asa
BAHAYA 2
Apabila kita berniaga semata-mata kerana duit,tetapi apabila duit tidak datang, kita menyangka kita telah tersalah memilih bisnes. Kita sangka bisnes yang kita pilih itu salah dan tidak elok/sesuai untuk kita. Lalu kita bertukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.
Apabila duit itu tidak datang jugak, kita bertukar kepada bisnes lain pula..dan begitu lah seterusnya tukar, tukar dan tukar lagi,lagi dan lagi..tiada kesudahan
Ahli-ahli psikologi di US sudah banyak mengkaji personaliti dan psikologi entrepreneurs.
Hasil kajian mereka mendapati entreptreneurs yang tulen bukanlah org yang didorong oleh nafsu duit.
Berbeza dengan apa yang biasanya disangka. Entreprenuers terjun ke bidang bisnes bukanlah semata-mata disebabkan mereka mahukan duit sahaja. Entreprenuers adalah org2 yang mahu HIDUP BEBAS dan mereka BEBAS melakukan apa yang mereka mahu lakukan.
Jadi jom muhasabah diri, adakah anda tergolong dalam golongan ini atau tidak???
No comments:
Post a Comment