Saturday, 21 June 2014

CARA MENYUSU DENGAN BETUL

Ramai ibu mengahadapi masalah apabila ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif..ya, ia nya kedengaran sangat mudah tapi hakikatnya tidak semudah yang disangkakan..ia tidak akan Berjaya dengan hanya sekali melakukan. Ibu-ibu janganlah sesekali mudah berputus asa..banyak teknik penyusuan/laktasi yang boleh ibu2 hebat diluar sana amalkan supaya proses laktasi menjadi mudah dan MENYERONOKKAN!!!
 Ini antara teknik teknik penyusuan yang betul yng boleh ibu2 pelajari:-

Sebelum menyusukan bayi

Lembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara selama beberapa minit atau berdiri dibawah pancuran air (suam).

Urut payudara

Urut payudara perlahan-lahan menggunakan kedua dua belah tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerak2 kan jari anda dari dasar payudara kebawah kearah areola.

Mencari puting

Bayi mempunyai reflex naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara ibu untk memperolah makanan.Bagi ibu yang pertama kali mahu menyusukan bayi,pastikan anda duduk dalam keadaaan selesa dan letakkan bayi pada kedudukan betul. Rangsanglah reflex bayi dengan mengusap pipinya, bayi akan berpaling kearah payudara anda dan mencari puting anda.

Melekap

Sebaik sahaja bayi melekapkan mulut ke payudara anda, bayi akan menghisap menggunakan kan rahang dengan cara menekan takungan susu pada dasar areola (keseluruhan areola didalam mulut bayi). Sekiranya bayi hanya menghisap puting, puting anda akan berasa sakit dan bayi tidak akan mendapat susu. Kadangkala ia boleh menyebab kan luka pada kawasan puting.

Selepas bayi sendawa atau tidur

Bayi mungkin cukup/sangat lapar hingga mngeringkan susu payudara pertama anda. Setelah bayi kenyang bayi mungkin akan tertidur dan bayi akan melepaskan puting anda dari mulutnya. Untuk giliran menyusu yang berikutnya tawarkan lah kepada bayi anda payudara yang sebelah lagi

Memicit susu keluar dengan tangan

Sokong payudara anda dengan tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan seluruh tangan anda untuk mngurut payudara. Urutkan seluruh kawasan payudara anda termasuk di sebelah bawah
Lengkapkan sekurang kurang nya sepuluh putaran untuk membantu memudahkan pangaliran susu melalui saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama sama pada masa yang sama juga tekan payudara ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar dari putting. Laku kan selama dua minit.

Memerah susu menggunakan pam

Pastikan semua peralatan yang digunakan  disteril terlebih dahulu dan pastikan juga tangan anda dalam keadaan bersih. Pasang pam dengan lengkap. Lembutkan payu dara dengan air suam dan urutkan  payudara seperti mana anda ingin memerah susu menggunakan tangan. Pastikan anda memasang pam dengan betul. 

Menyimpan susu

Kebiasaan nya anda akan mendapat sebanyak lebih kurang  60ml (bergantung kepada individu) susu pada minggu awal .Simpan dan tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan simpan didalam  peti atau sejukkan dan didingin bekukan sehingga diperlukan kemudian. Apabila ibu2 ingin menyejuk bekukan susu janganlah di sertakan bersama puting.  Untuk mggunakan susu yang telah disejuk bekukan pula, cairkan susu selama empat jam pada suhu bilik.

Menyusukan bayi akan menjadi perkara yang menyeronokkan jika kena caranya..masa men yusu juga adalah masa dimana bayi dan ibu menjadi lebih rapat (bonding). Kepada semua ibu2 hebat selamat menempuh alam keibuan dan semoga dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif. N enjoy.... :)


No comments:

Post a Comment