Ramai ibu mengahadapi
masalah apabila ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif..ya, ia nya
kedengaran sangat mudah tapi hakikatnya tidak semudah yang disangkakan..ia
tidak akan Berjaya dengan hanya sekali melakukan. Ibu-ibu janganlah sesekali
mudah berputus asa..banyak teknik penyusuan/laktasi yang boleh ibu2 hebat
diluar sana amalkan supaya proses laktasi menjadi mudah dan MENYERONOKKAN!!!
Ini antara teknik
teknik penyusuan yang betul yng boleh ibu2 pelajari:-
Sebelum menyusukan bayi
Lembutkan payu dara
dengan meletakkan tuala hangat pada payudara selama beberapa minit atau berdiri
dibawah pancuran air (suam).
Urut payudara
Urut payudara
perlahan-lahan menggunakan kedua dua belah tangan. Cuba picit keluar sedikit
susu untuk mengurangkan bengkak. Gerak2 kan jari anda dari dasar payudara
kebawah kearah areola.
Mencari puting
Bayi mempunyai reflex
naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara ibu untk memperolah
makanan.Bagi ibu yang pertama kali mahu menyusukan bayi,pastikan anda duduk
dalam keadaaan selesa dan letakkan bayi pada kedudukan betul. Rangsanglah
reflex bayi dengan mengusap pipinya, bayi akan berpaling kearah payudara anda
dan mencari puting anda.
Melekap
Sebaik sahaja bayi
melekapkan mulut ke payudara anda, bayi akan menghisap menggunakan kan rahang
dengan cara menekan takungan susu pada dasar areola (keseluruhan areola didalam
mulut bayi). Sekiranya bayi hanya menghisap puting, puting anda akan berasa
sakit dan bayi tidak akan mendapat susu. Kadangkala ia boleh menyebab kan luka
pada kawasan puting.
Selepas bayi sendawa
atau tidur
Bayi mungkin
cukup/sangat lapar hingga mngeringkan susu payudara pertama anda. Setelah bayi
kenyang bayi mungkin akan tertidur dan bayi akan melepaskan puting anda dari
mulutnya. Untuk giliran menyusu yang berikutnya tawarkan lah kepada bayi anda
payudara yang sebelah lagi
Memicit susu keluar
dengan tangan
Sokong payudara anda
dengan tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan
seluruh tangan anda untuk mngurut payudara. Urutkan seluruh kawasan payudara
anda termasuk di sebelah bawah
Lengkapkan sekurang
kurang nya sepuluh putaran untuk membantu memudahkan pangaliran susu melalui
saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama sama pada masa yang sama juga
tekan payudara ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar dari putting. Laku
kan selama dua minit.
Memerah susu menggunakan
pam
Pastikan semua peralatan
yang digunakan disteril terlebih dahulu
dan pastikan juga tangan anda dalam keadaan bersih. Pasang pam dengan lengkap.
Lembutkan payu dara dengan air suam dan urutkan payudara seperti mana anda ingin memerah susu
menggunakan tangan. Pastikan anda memasang pam dengan betul.
Menyimpan susu
Kebiasaan nya anda akan
mendapat sebanyak lebih kurang 60ml (bergantung kepada individu) susu
pada minggu awal .Simpan dan tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan
simpan didalam peti atau sejukkan dan didingin bekukan sehingga
diperlukan kemudian. Apabila ibu2 ingin menyejuk bekukan susu janganlah di
sertakan bersama puting. Untuk mggunakan susu
yang telah disejuk bekukan pula, cairkan susu selama empat jam pada suhu bilik.
Menyusukan bayi akan
menjadi perkara yang menyeronokkan jika kena caranya..masa men yusu juga adalah
masa dimana bayi dan ibu menjadi lebih rapat (bonding). Kepada semua ibu2 hebat
selamat menempuh alam keibuan dan semoga dapat menyusukan bayi anda secara
eksklusif. N enjoy.... :)