Saturday, 11 October 2014

Punca dan cara atasi sembelit

Salam..arini naK crita tentang sembelit atau constipation.Jangan ambil mudah dengan sembelit ni, jika lama-kelamaan dibiarkan, boleh mnyebabkan buasir atau hemorrhoid. Jadi baik kita cegah sebelum parah…




Apa itu sembelit (constipation)


Sembelit (constipation) adalah satu keadaan apabila seseorang itu mengalami kesukaran atau ketidakmampuan  untuk mengosong kan usus. Keadaan ini membuatkan si penderita mengalami kemurungan, resah, terasa sangat sakit, tidak selesa dan malu.

       Gejala awal sembelit

  1.             Membuang air besar yang tidak normal
    2)      Lidah sering tertutup selaput putih tebal
    3)      Nafas berbau busuk
    4)      Kerap merasa pening dan bermuram



 Ciri-ciri sembelit yang kronik
  1. )      Perut kelihatan sedikit buncit dan terasa memulas
    2)      Najis yang dikeluarkan sangat keras dan berbentuk bulat bulat kecil
    3)      Mengalami mual2, kadangkala mnyebabkan muntah
    4)      Kurang keyakinan diri, hingga terasa ingin mnyendiri
    5)      Sentiasa merasa lapar, tatapi apabila makan mudah/cepat terasa kenyang
    6)      Sering keletihan,lesu dan tubuh berasa panas 
  2. Berhari2 tidak membuang air besar, malahan ada yang mnjangkau berminggu2
FAKTOR PENYEBAB SEMBELIT

1) Kekurangan cecair

Minumlah air putih sebanyak 8 gelas sehari. Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan tinja menjadi keras sehingga sulit untuk dikeluarkan   . macamna nak tau berapa liter air yang badan kita perlukan…simple..sifirnye untuk setiap 25kg berat kita perlukan seliter air..so kalau berat 50kg,badan kita perlukan 2liter air..minum lg banyak,lagi bagus

2) Coklat


Erkk…bagi penggemar coklat, ni fakta yang tak berapa best nak dengar kan..tp no worry,boleh je mkn asal jgn berlebihan… so, kurangkan pengambilan coklat kerana mpengambilan coklat berlebihan  menyebabkan sembelit

3)Kehamilan/ Bersalin


Ibu hamil biasanya mengalami sembelit dan berlarutan hingga selepas bersalin.  Keadaan ni mmg biasa terjadi untuk ibu2 hamil n semasa berpantang..ibu2 kena byk minum air,sayur n buah-buahan


4) terlalu banyak pengambilan daging


Pengambilan bahan berlemak seperti daging, telur, keju  secara berlebihan boleh membuatkan sisitem pencernaan menjadi lambat. Oleh yang demikian lebihka pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayuran


 5)  diabetis
 Diabetis yang tidak terkawal boleh mnyebabkan kerosakan saraf dan mengakibatkan kurangnya kemampuan tubuh untuk mencerna makanan
6)      Kurang bersenam


Kurang bersenam atau kurang melakukan aktiviti fizikal, boleh mnyebabkan sembelit.lakukan senaman atau olahraga sekurang kurangnya 30 minit setiap hari

Cara atasi sembelit


1 ) makan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan , sayur,kekacang n bijirin penuh
2) makan buah-buahan kering,contohnya buah prune
3) makan dengan  jadual yang teratur
4)hindari makanan yang berlemak dan terlalu manis
5) banyak kan minum  air putih
6) bersenam dan berolahraga
7 ) biasakan diri untuk buang air besar setiap hari
8 ) pengambilan  supplement

Ni antara supplement yg boleh atasi sembelit semudah ABC

Sunday, 13 July 2014

Cara makan vitamin Shaklee

1. Sustained Release Vitamin C 500mg ---> 1 biji - after meal, kecuali untuk orang yg sakit teruk, perokok, resdung teruk boleh suggest 2bj setiap hari. N kalo demam pun boleh amek 2bj, patah dua supaya cepat diserap oleh badan.
2.  B complex---> 1 biji - after meal (boleh amek after breakfast / lunch sbb vitamin ni memberi tenaga). klu tgh under lots of stree, boleh makan 2 biji. 1 biji pagi n 1 biji tghari. maximum pengambilan 4 biji sehari. Kanak-kanak umur 9 tahun ke atas dah boleh ambil b compleks 1 biji sehari sahaja sebab pelajar sangat sangat memerlukan b compleks ni.
3. Vitalea---> 1 bj - after meal. Xleh amek bersama Vitamin E dan GLA.Boleh amek 2bj untuk org yg ade masalah HB rendah, atau kurang darah.
4. Alfalfa---> Max intake 10bj. Tapi xperlu sampai 10bj, amek ikut keperluan - After meal.. Untuk ibu menyusu boleh suggest 2bj setiap kali lepas pam untuk boost susu. mula2 start dengan 2 biji dulu. lepas tu upkan sikit-sikit.
5.  ESP---> Max 3 sudu besar sehari.. Boleh minum bancuh dgn apa2 minuman cm susu / milo / jus dll yang sejuk sebab protein rosak dalam temperature panas..Kalo nk minum byk kali, pg, ptg, mlm boleh bahagikan 1 sudu setiap kali minumUntuk kanak-kanak, kurangkan dose..1/2 atau 1 sudu shj..
6. Ostematrix---> 2-4 biji - sebelum tido (sebab masa tido adalah masa paling lama kalsium boleh ada dlm badan).Biasa kalo xminum susu boleh amek 4biji.. n kalo sakit pinggang / belakang boleh amek 4bj untuk hilangkan kesakitan tu. 
7. Vitamin E---> 1 bj - after meal. Xleh amek sekaligus dengan GLA satu masa.. n xleh amek skali dgn Alfalfa dan Vitalea, sbb mengganggu penyerapan Vitamin E
8. Nutriferon ---> untuk tingkatkan imunisasi boleh amek 2-3 sachet seminggu.. atau boleh amek bila perlu - sakit, demam dll.. 2x sehari pagi dan malam hingga sembuh (ade yg amek 3 sachet...)
9. Meal Shakes---> 1 sudu besar untuk org dewasa.. 2-3 kali sehari kanak2 1/2 sudu teh untuk kanak2 kecik.. 1 sudu teh untuk kanak2 yg lebih besar.. Bancuh dlm apa2 minuman sejuk sebab protein rosak dalam temperature panas.
10. Performance Drink---> Xkesah brape banyak pun, bila2 masa sekali pun n brape kali sehari pun.. :D Sebab PD ni macam air isotonik cm 100+, boleh minum bila2 suka sesuka hati..
11. Vivix---> 1 sudu teh sebelum tido / pagi (kalo bimbang air xcukup kalo amek malam)
12. Joint Health Tablet---> 2bj - after meal
13. Lecithin---> untuk slimming: 4-6bj after meal (2-3bj after lunch, 2-3bj after dinner @ 2bj after breakfast, 2bj after lunch, 2 bj after dinner)Untuk kecerdasan otak, rambut yg cantik dll, 1-2bj dh ok. Untuk kanak-kanak 9 tahun ke atas dah boleh ambil 1 biji lecithin tuk perkembangan otak drg dan lecithin works really well dengan omega guard.
14. GLA Complex---> 2 biji. 1bj lepas meal
15. Omega Guard---> ibu hamil / menyusu : 1bj sehari... orang biasa atau yg nk slim: 3bj sehari..... kanak-kanak kecil (1-3 tahun): 1bj 2-3 kali seminggu... kanak2 yg lebih besar: 1bj sehari
16. Zinc ---> 1bj - before meal
17. Collagen Powder----> 1 sachet daily.. nk lebih power boleh amek 2 sachet daily
18. Herblax---> 2 biji 2-3 kali seminggu.. amek sebelum tido
19. DTX Complex ---> 1-2 bj sehari after meal
20. Garlic ---> 2 bj sehari after meal
21. Vit C chewable 100 mg---> 1 biji sehari kanak2.. adult bole makan 5 biji sehari JANGAN SEKALIGUS sebab badan tak bole store jumlah vit c yang banyak sekaligus.. membazir je nanti.. sebab tu Vit C 500mg sustained released (pelepasan berperingkat)
22. Vitalea for children ---> 1 biji sehari
23. CoQHealth ---> 1 biji sehari
24. Peppermint ginger ---> 2-3 biji sehari after meal

***Sebagai panduan.. updated from time to time..***

Credit to: ❤MAH (Masters Anisah & Hanif) to be.. insyaAllah.. aameen ya rabb~

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap


Ni antara banyak2 resepi yg dah cuba ni paling kena dengan tekak hubby, anak2 n me…sesuaikan ngn bahan2 yg ada kt umah n tambah resepi sendiri je..n paling best mudah sangat...mmg bila masak ni sekejap je licin..si kecik Arrizq yg nk masuk 2 thn tu pn pandai dh minta “mi,nk ania lg” (ummi,nk lasagna lg)..meh tgk bahan2 lasagna ni :-

BAHAN2

Sekotak kepingan lasagna (rebus–letak minyak sikit bg xmelekat)
Mozzarella @ parmesan cheese

SOS MERAH
Sos spaghetti – me guna kimball punya
500g Daging kisar
1 biji Bawang besar (Holland) –potong dadu (size besar)
3-4 ulas Bawang putih-cincang
1 tin kecil Tomato puree
Blackpepper
Oregano
2 tbs Butter
Salt
Capsicum/ carrot- * ni option je,nak letak boleh xnak pn xpe, since my family suka sayur letak la

SOS PUTIH
2 tbs butter
400 ml Susu full cream
Mushroom soup dlm tin (tin kecik 250-300ml)
Blackpepper
Salt
Cheddar cheese (kalau xde cheddar ni, me ganti ngn kepingan cheesedale je…sonang n murah)

Wednesday, 9 July 2014

Makanan Sunnah Kegemaran Rasulullah S.A.W

Salam semua...hari ini saya nak kongsi tentang makanan kegemaran RasulAllah S.A.W...Jom kita amalkan memakan makanan ini dalam pemakanan seharian kita...

1.BARLI

2. KURMA

3. ARA

4. ANGGUR

5. MADU

6. TEMBIKAI

7. SUSU

8. CENDAWAN

9. MINYAK ZAITUN

10. DELIMA

11. CUKA

12. AIR


Tuesday, 1 July 2014

Petua dan cara mudah hilangkan sakit kepala

Petua dan cara mudah hilangkan sakit kepala

                Minum air kosong/ limau nipis atau teh
       Kemungkinan besar badan kita mengalami dehidrasi. Jadi dengan meminum air kosong, air limau nipis         atau minum tea dapat mengembalikan cecair yang telah hilang. Minum dua atau 3 gelas air kosong                  perlahan lahan dan berehatlah.



               Bernafas dengan tenang sambil menutup mata
        Kajian menunjukkan kurang  50% penduduk dunia bernafas secara “ betul”. Kadangkala Sakit kepala          akan berlaku apabila kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri anda, Tarik nafas dalam2 buat seketika            sambil pejam kan mata (rehatkan otot mata) 
   
             Spa /stim/ mandi air suam
Berendam dalam air suam atau dapatkan rawatn stim dalam beg stim yang boleh dibeli dipasaraya untuk kegunaan rumah. Atau pun berkunjung lah ke spa kegemaran anda untuk dapatkan rawatan stim.


Picit / urutan kepala
       Ambil tuala dan basahkan dengan air sejuk. Tekan tuala secara lembut di bahgaian kepala dan leher              belakang. Cara ini dapat mngurangkan ketegangan yang berlaku disekitar kepala.

              Meditasi /t idur
Cara paling mudah dan berkesan. Berhentilah daripada melakukan sebarang pekerjaan. Tutup lampu/ langsir/ televisyen dan lain-lain. Berehatlah dan tidurlah dgn aman.

 Fikirkan perkara yang menenangkan

Sakit kepala adakalanya timbul akibat stress dan terlalu bayak perkara yang hendak difikirkan. Apakah anda kerap mngerutkan dahi, mennggikan suara ketika marah, mahupun menjerit dalam kesesakan jalan raya? Jika jawapan nya YA, kurangkan daripada bersikap sebegitu. Jika situasi begitu sering anda lalui, berhentilah, kemudian tarik nafas dalam dalam sebanyak dua kali.  

Saturday, 21 June 2014

CARA MENYUSU DENGAN BETUL

Ramai ibu mengahadapi masalah apabila ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif..ya, ia nya kedengaran sangat mudah tapi hakikatnya tidak semudah yang disangkakan..ia tidak akan Berjaya dengan hanya sekali melakukan. Ibu-ibu janganlah sesekali mudah berputus asa..banyak teknik penyusuan/laktasi yang boleh ibu2 hebat diluar sana amalkan supaya proses laktasi menjadi mudah dan MENYERONOKKAN!!!
 Ini antara teknik teknik penyusuan yang betul yng boleh ibu2 pelajari:-

Sebelum menyusukan bayi

Lembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara selama beberapa minit atau berdiri dibawah pancuran air (suam).

Urut payudara

Urut payudara perlahan-lahan menggunakan kedua dua belah tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerak2 kan jari anda dari dasar payudara kebawah kearah areola.

Mencari puting

Bayi mempunyai reflex naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara ibu untk memperolah makanan.Bagi ibu yang pertama kali mahu menyusukan bayi,pastikan anda duduk dalam keadaaan selesa dan letakkan bayi pada kedudukan betul. Rangsanglah reflex bayi dengan mengusap pipinya, bayi akan berpaling kearah payudara anda dan mencari puting anda.

Melekap

Sebaik sahaja bayi melekapkan mulut ke payudara anda, bayi akan menghisap menggunakan kan rahang dengan cara menekan takungan susu pada dasar areola (keseluruhan areola didalam mulut bayi). Sekiranya bayi hanya menghisap puting, puting anda akan berasa sakit dan bayi tidak akan mendapat susu. Kadangkala ia boleh menyebab kan luka pada kawasan puting.

Selepas bayi sendawa atau tidur

Bayi mungkin cukup/sangat lapar hingga mngeringkan susu payudara pertama anda. Setelah bayi kenyang bayi mungkin akan tertidur dan bayi akan melepaskan puting anda dari mulutnya. Untuk giliran menyusu yang berikutnya tawarkan lah kepada bayi anda payudara yang sebelah lagi

Memicit susu keluar dengan tangan

Sokong payudara anda dengan tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan seluruh tangan anda untuk mngurut payudara. Urutkan seluruh kawasan payudara anda termasuk di sebelah bawah
Lengkapkan sekurang kurang nya sepuluh putaran untuk membantu memudahkan pangaliran susu melalui saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama sama pada masa yang sama juga tekan payudara ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar dari putting. Laku kan selama dua minit.

Memerah susu menggunakan pam

Pastikan semua peralatan yang digunakan  disteril terlebih dahulu dan pastikan juga tangan anda dalam keadaan bersih. Pasang pam dengan lengkap. Lembutkan payu dara dengan air suam dan urutkan  payudara seperti mana anda ingin memerah susu menggunakan tangan. Pastikan anda memasang pam dengan betul. 

Menyimpan susu

Kebiasaan nya anda akan mendapat sebanyak lebih kurang  60ml (bergantung kepada individu) susu pada minggu awal .Simpan dan tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan simpan didalam  peti atau sejukkan dan didingin bekukan sehingga diperlukan kemudian. Apabila ibu2 ingin menyejuk bekukan susu janganlah di sertakan bersama puting.  Untuk mggunakan susu yang telah disejuk bekukan pula, cairkan susu selama empat jam pada suhu bilik.

Menyusukan bayi akan menjadi perkara yang menyeronokkan jika kena caranya..masa men yusu juga adalah masa dimana bayi dan ibu menjadi lebih rapat (bonding). Kepada semua ibu2 hebat selamat menempuh alam keibuan dan semoga dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif. N enjoy.... :)


Monday, 9 June 2014

TIPS JUTAWAN

Tips yang ingin saya kongsikan ini dari ABS (Ainon Business School). Tips yang sangat berguna untuk menjadi entreprenuers yang berjaya. Ramai yang boleh berbisnes  tapi persoalannya berapa ramai yang berjaya dalam bisnes mereka. Kata Puan Ainon, jangan sesekali berniaga kerana duit, kerana itu bukan lah sifat entrepreneurs sejati...




Jangan sesekali berniaga kerana DUIT. Duit adalah pendorong yang tidak bagus. Orang yang beniaga kerana duit berada dalam situasi BERBAHAYA kerana:-

BAHAYA 1


DUIT adalah pendorong yang hayatnya sangat pendek.
Apabila kita berniaga disebabkan kita mahukan duit semata-mata, apabila duit lambat masuk, kita akan rasa KECEWA. kemudian kita akan merasa perniagaan dan segala usaha kita adalah sia-sia.kemudian ia akan mendorong kita menjadi PATAH SEMANGAT, lalu kita akn perlahan-lahan memberhentikan daya usaha. PADAH nya modal hangus, asap je dapat. Kesudahan nya kita akan berputus asa

BAHAYA 2

Apabila kita berniaga semata-mata kerana duit,tetapi apabila duit tidak datang, kita menyangka kita telah tersalah memilih bisnes. Kita sangka bisnes yang kita pilih itu salah dan tidak elok/sesuai untuk kita. Lalu kita bertukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.
Apabila duit itu tidak datang jugak, kita bertukar kepada bisnes lain pula..dan begitu lah seterusnya tukar, tukar dan tukar lagi,lagi dan lagi..tiada kesudahan

Ahli-ahli psikologi di US sudah banyak mengkaji personaliti dan psikologi entrepreneurs.
Hasil kajian mereka mendapati entreptreneurs yang tulen bukanlah org yang didorong oleh nafsu duit.
Berbeza dengan apa yang biasanya disangka. Entreprenuers terjun ke bidang bisnes bukanlah semata-mata disebabkan mereka mahukan duit sahaja. Entreprenuers adalah org2 yang mahu HIDUP BEBAS dan mereka BEBAS melakukan apa yang mereka mahu lakukan.

Jadi jom muhasabah diri, adakah anda tergolong dalam golongan ini atau tidak???






Friday, 6 June 2014

PHYTOCOL-ST DAPAT MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL DI DALAM BADAN ANDA

Bagi anda yang mengalami masalah kolestrol yang tinggi dan kesukaran mengawal nafsu makan terutamanya makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi, anda tak perlu risau lagi. Shaklee telah melancarkan produk terbarunya pada bulan Jun 2014 iaitu Phytocol-ST. Fungsi utamanya menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

Tuesday, 3 June 2014

Kesihatan & Kecantikan Kulit Anda Bermula Di sini

Kebaikan dan Fungsi Vitamin E Complex Shaklee
Vitamin E Complex Shaklee – anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
Vitamin E Complex Shaklee – anti aging vitamin
Vitamin E Complex Shaklee – merawat dan mencerahkan parut
Vitamin E Complex Shaklee – membantu kemusnahan vitamin A dan C
Vitamin E Complex Shaklee – membantu penyerapan oksigen
** Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein (ESP) secara berasingan. Fungsi ESP adalah untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri. Ingat, protien adalah makanan kepada sel-sel badan kita.**

Monday, 2 June 2014

VIVIX UNTUK PEROKOK TEGAR

Merokok salah satu ‘penyakit’ yang sukar dihentikan. Entry lepas ada saya kenalkan Supplemen hebat Shaklee yang terkenal dengan jolokan ‘Tonik Ajaib’ iaitu VIVIX. Percaya atau tidak Vivix Shaklee dapat hentikan ketagihan Merokok. Selepas minum Vivix Shaklee, beliau terasa rokok seperti Hempedu!

Fakta menunjukkan bahawa merokok boleh mengurangkan sehingga 14 tahun jangka hayat bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Menurut institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) di Amerika Syarikat, jika anda berhenti merokok pada usia 35 tahun, anda masih dapat hidup kira-kira 5 – 10 tahun lagi serta dapat mengurangkan risiko mendapat kanser dan penyakit jantung.
Dan maklumat yang terbaru  yang saya baca, ada yang mengatakan bahawa Penapis (Filter) rokok mempunyai Sel Darah Babi.

Sunday, 1 June 2014

VIVIX, SATU REVOLUSI

Vivix Shaklee Supplemen terbaik anda! Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




VITA-E COMPLEX SEHEBAT VIAGRA

Tahukan anda bahawasanya VITAMIN E adalah setanding dengan VIAGRA??..yang membezakan antara kedua-dua vitamin ini ialah vitamin E adalah vitamin semulajadi manakala viagra sudah tentu sintetik. 

Ramai sudah merasai kesan penggunaan Vitamin E dalam menggantikan Viagra. Kepada yang dah mencuba, anda pasti tahu keberkesanan Vitamin E untuk meningkatkan kelakian lelaki. Apa yang bagus sangat Vitamin E ni kepada lelaki?? Haa jom kita tengok fungsi Vitamin E kepada lelaki dan wanita...

~MEAL SHAKES SHAKLEE~ Makanan Tambahan Anak-Anak Anda

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah

Wednesday, 21 May 2014

Operate Tulang Belakang

Pabila tiba bulan April n May, mesti kenangan bermastautin di hospital tahun 2006 dulu terulang tayang dlm fikiran..satu kenangan yang indah... Eh indah ke kena operate tulang belakang?? yup,indah. Indah yang pertama sbb tak semua org ada pengalaman mcm aku..kwn2 selalu panggil aku "BIONIC WOMAN", sbb aku ada titanium kt tulang belakang aku..haaa kau hado??? :)..

 Indah yang kedua plak sbb masa sepanjang aku kat hospital tu,kwn2/sedara2 xputus2 dtg melawat n bawak bermacam2 jenis hadiah/ buah tangan..segala biskut,kuih,buah-buahan, bunga,coklat..yang sampi xlarat aku nk makan..akhirnya aku kongsi dengan pesakit2 lain dlm ward tu..sampai nurse2 kat hosp tu cakap kalau ada anugerah pelawat paling ramai konpem awak dh menang anugerah tu..terima kasih jugak kwn rapat aku masa tu yg setiap hari tanpa jemu mesti datang melawat SHIMA,SA'A, FAIZAL N DATIN EIJA,,LOQUE, AUNTY ANNE, ABG SAP N KAK AISYAH,CAPTAIN FARID  N KAK LINDA,DAYAH,AWIEN,QILAH,ZALIA,KHZN..syg korang..tq ssooooooo much...kwn2 UIA.,kwn2 YO! rakan muda..huishh xmampu nk senaraikan semua..n tq jugak kpd Colonel Basir yg bersusah payah kontek org tu org ni,supaya giliran untuk aku punya operation dipercepat..haaa indah kan bila ramai yg sayang kita..kwn2 yg sentiasa bersama kita time susah tu la kwn2 yang sejati gitu..

 Indah yang ketiga plak, sbb kos operation yg berjumlah belas-belas ribu Rm tu,ditanggung sepenuhnya oleh Universiti Islam Antarangbangsa..terima kasih UIA..n setelah cuti 6 bulan tu, balik semula ke UIA dapat plak duit cash dalam RM4000 lebih dari Kulliyah of Economics n Science Management..terkejut gak masa tu,bila dapat surat suruh pegi jumpa dekan..ingat kan hape la..rupanya nak bagi duit...haaaa indah bukan

 Indah yg keempat plak,sbb aku leh dok umah xpayah nak pikir assgment xsiap ke,kejar due date project ke hape ke masa tu..memang betol2 bercuti dan berehat je kat umah,makan tido makan tido.tq MAK N AYAH yg jaga sepenuh perhatian supaya anakanda cepat sembuh.....pastu hari2 keje tgk citer latin my gardeners daughter tu...punya la byk episodd dia..layan je...


Indah yang kelima plak,sbb aku kena extend semester la aku jumpa my husband skrg ni,kira dia junior la walaupn sama umur, ye lah sebab org kelantan (my husband) yg nak masuk sek agama dolu2 kena masuk kelas pra setahun sblm masuk form 1..sudah tertulis jodoh ku..hebat kan perancangan Allah..indah bukan..

Skrg dh 9 tahun berlalu,alhamdulillah sihat walafiat..dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki yg sentiasa menghibur hati...n pabila ku berjumpa kwn2 satu U dulu..salah satu soalan yg ditanya..ko bersalin normal ke dua2 baby???..yup kedua2 nya dilahirkan secara normal..alhamdulillah walaupun aku bertulang besi..perubatan sekarang dah semakin canggih..apa2 pn Allah jua yg menyembuhkan bila kita sakit itu hakikatnya..n aku jugak sentiasa besenam,minum susu n amik supplemen utk kekuatan tulang..semestinya Ostematrix n satu lagi Advance Joint Health Care pilihan ku...kedua2 produk ni sgt bagus untuk yg sama macam aku, or nak hilang kan lenguh2,sakit2 sendi..sekian



Monday, 21 April 2014

Ya Allah..Murahkanlah rezeki kami, anak-anak Adam a.s...

[10 teknik mudahnya menjemput rezeki]

Teknik jemput2 yg sebelum ni ramai yang nampak enteng...jom saya share...
1. Setiap hari..sehabis baik jaga hubungan dgn Allah..solat awal waktu...awal waktu...awal waktuuu...ingat..awal waktu
2. Setiap hari amalkan solat sunat dhuha...doa mtk Allah buka rezeki...minta Allah buka hijab..mintak dgn Allah untuk mudahkan seluruh susur galur u untuk performed well
3. Setiap hari solat taubat walau rasa dah xde dosa. Rendah diri lah di depan Allah. Nangis2lah...ingt rezki ini dgn izin allah..usaha byk mna pon klu Allah xredha..kita tak dapat
4. Solat tahajud tiap mlm. Bangunla pukul 4am tiap pg skrg. Sacrifice.usaha sehabis baik.sacrifice sacrifice sacrifice
5. Mtk redha suami. Mtk redha mak ayh. Minta mereka doakan. Apa u nk tu mtk diorg doa. Rendah diri dgn mereka walau duit u byk.dunia ni xde apa pon berbndg syurga d bawah tapak kaki suami

Sunday, 20 April 2014

TIPS KURUS SUPERRR BERKESAN

12 TIPS PALING BERKESAN TAHAP MAKSIMUM UTK KURUS/ BAKAR LEMAK 


   1)      Kawal keinginan utk minum minuman RINGAN. KURANG kan juga pengambil air berKAFEIN, spt teh dan kopi.GANTIkan dgn AIR PUTIH dgn pengambilan KERAP

   2)      PUJUK hati anda melupakan seketika pengambilan biskut dn kek.
  3) LUPAkan semua jenis PASTA tidak kira spaghetti atau macaroni.ia bukan utk anda

   4)      PANGGANG semua jenis DAGING.Buang lemak dan kulit ayam.JANGAN sesekali mkn daging yg digoreng,ia tidak baik dan MELAMBATkan proses pembakaran lemak..nak cepat bakar lemak leh amik OMEGA GUARD @ LECITHIN..kompem terbakor lah lemak2 segala
   5)  PENTING utk mempertingkatkan pengambilan PROTEIN dalm diet.sasarkan sekurang-kurangnya 1 gm protein per paun drpd berat badan..ohh ini boleh amik ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)..shake je,kan sonang.. Ambil  semua jenis makanan RENDAH LEMAK, RENDAH KARBOHIDRAT & bancuhan SUSU (PROTEIN). Ia dikenal pasti cara yang PANTAS memBAKAR LEMAK, MUDAH dan SGT BERKESAN

Sunday, 13 April 2014

Penawar Sakit Jantung


Penawar Sakit Jantung
Sekadar berkongsi..
1 cawan jus lemon segar
1 cawan jus halia 
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
3 cawan madu asli

Cara Penyediaan:
Campurkan jus lemon, halia dan bawang putih dengan cuka epal dan panaskan perlahan-perlahan selama setengah jam sehingga tinggal 3/4 dari jumlah isipadu asal.
Selepas ianya sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu dan kacau hingga sebati
*simpan dalam peti sejuk

Health & Motivational Tips From Shaklee



Saturday, 12 April 2014

TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA SHAKLEE

♡♡JARI TANGAN BERGERAK SEMULA SELEPAS MAKAN SHAKLEE♡♡

Alhamdulillah...makcik ini adalah salah seorang pekerja am..yang melibatkan kerja-kerja di lapangan yang memerlukan tenaga dan kudrat yang kuat..

Sebelum ini, menghadapi penyakit jari tangan takboleh bertindak balas balik selepas digenggam terutama waktu pagi. Semua jari boleh dilepaskan semula kecuali jari hantu.Bertahun jugak buat fisioterapi dan makan ubat urat untuk penyakit saraf ini.

TETAPI..dengan kuasa Allah dan usaha memakan supplement Shaklee yang saya syorkan (Omega+Ostematrix+Alfalfa+Vitalea)..dalam masa 2hari jari beliau dah boleh dibuka sepenuhnya semula selepas digenggam..

Wednesday, 9 April 2014

DISCUSSION ABOUT OSTEMATRIX

Credit: Group Inspirasi & Mummy Huda
1) Apakah itu Ostematrix dan kandungannya?
2) Siapakah yang memerlukan Ostematrix?
3) Apakah keistimewaan Ostematrix berbanding produk lain di pasaran?
4) Apakah fungsi Kalsium/ Magnesium / Vitamin D dll dalam Ostematrix?
5) Kenapa disebut Ostematrix bukan sekadar kalsium.. atau bukan sekadar utk tulang temulang??
6) Apakah peranan Kalsium untuk ibu hamil?
7) Apakah peranan Kalsium untuk ibu menyusu?
8) Bagaimanakah Ostematrix membantu mengurangkan period pain / menses?
9) Cara pengambilan Ostematrix
10) Kenapa Ostematrix disarankan untuk diambil sebelum tidur?

Tuesday, 8 April 2014

INFO TENTANG ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Kenapa ESP? ESP = protein. Protein yg mencukupi merupakan KUNCI KESIHATAN YG OPTIMIM. Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi. Sel pun terbentuk dari protein. Kita ni sebenarnya protein sbb semuanya, kuku, rambut, kulit, otot adalah protein… Memang setiap hari kita amik protein, mkn daging, ikan, minum soya, mkn tempe… Tapi takda satu pun yg menjamin kte akn dpt sumber protein yg secukupnya untk sel2 tumbuh dgn sihat. Kenapa?? Sbb protein ni mudah musnah dgn suhu yg tinggi. Kebanyakkan protein yg kte amik ni semua digoreng dgn suhu tinggi. Kat situ jer dah banyak protein yg termusnah. ESP ni bantu kte dapat protein yg cukup.

Monday, 7 April 2014

BISMILLAH..

A journey of a thousand miles begins with a single step.

Katakanlah: "berjalanlah diatas muka bumi ini. Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaan nya..kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (Allah membangkitkan manusia di akhirat). Sesugguhnya Allah maha berkuasa ke atas sesuatu. 
Al-Ankabut 29 :20